Tuesday, September 1, 2015

Camping trip at Sg Kedondong, Batang Kali

Last week, kami ke Sg Kedondong lagi. Kali ni, di temani dengan cousin-cousin dan berkhemah pula. Semangat sangat nak ke sini. Kite siap masak nasi lemak banyak-banyak untuk makan sampai malam. Persiapan dari khemah, sleeping bag, hammock, mess tin, dapur petak, semua lengkap!
Tapi nasib tak menyebelahi kami apabila cuaca tak berapa baik masa kami datang. Air sungai dah keruh. Kalau air sungai dah keruh, memang sebelum kami sampai tu dah hujan lah maknanya. Alahai~

Nasib lah tak keruh macam teh tarik. Tapi memang tak berapa best lah nak tiruk.


3 Khemah + 3 hammockuntuk 4 Keluarga. Ok lah~ Kite pun bukannya tidur sangat malam tu, Asyik terbangun aja. Nasib baik camping trip kali ni Adam pandai bangun nak kencing. Tak terkencing atas sleeping macam first camping trip kat Sg Chilling hari tu.




Pagi Ahad , semua bangun awal. Lepas azan Subuh dari handphone, orang-orang dewasa semua bangun sembahyang subuh. Dalam pukul 6:30 pagi macam tu, budak-budak pula bangun. Total budak-budak yang join adalah 8 orang. Paling muda umur 3 tahun. Air baru start nak jernih. Tapi taklah sejernih kalau tak hujan.









Tapi bila start pukul 10 pagi macam tu, orang dah start ramai datang. Aduh~ KREM kepala. Kalau yang datang tu pembersih tak apa. Buang plastik sepah-sepah. Lepas tu, ada orang lepaskan katak dari sungai bahagian atas sebab atas upacara keagamaan. Aduh~ Hidup pulak tu katak tu. Besar-besar! MATI mood terus nak bercamping~ Niat nak berkelah sampai petang atau malam Ahad. Tapi dengan attitude rakyat Malaysia yang macam tu...Hurm~ Good bye lah Sg Kedondong.
Till we meet again~

Apa pun, Sg Kedondong ni sebenarnya LEBIH cantik kalau ATTITUDE rakyat malaysia CANTIK!

1 comment:

Sakila Rani said...

bestnyaa...
seronok anak2 kan.

jenjalan kat sini..
jemput baca -->> promosi september khas untuk wanita-wanita cantik gebus