Wednesday, December 28, 2016

Hadiah 2016 Yang Paling Bermakna

Bismillahirrahmanirrahim..
Dah lama nak share pasal satu benda ni, tapi rase belum bersedia.
Tapi hari ni rasa nak share jugak.
Nak buat catatan sendiri dalam blog sendiri.
Lagipun kite memang suka baca blog lama-lama.
Entry-entry lama kite akan baca balik.
Terkenang-kenang zaman muda-mudi, zaman tak matang, zaman mulut main lepas je.
Eceh...

Oklah,
tanpa membuang masa..
Announcing...
Our Third Child ( Insya Allah )
13 Weeks & Counting.... 
Due date : 4th July 2017
Nampak tak tarikh due date tu? Seminggu lepas raya. Masa bersalinkan anak no 2 tu, terbersalin seminggu awal. Jadinya, Raya di mana kami tahun depan? Masih belum ada jawapan. 


Baby bump dah nampak sikit. 



Selera makan , sama macam pregnant anak 1st & 2nd dulu. TIADA! Kali ni punya 1st trimester di tambah dengan selsema & batuk. Dah la mual-mual & pening kepala. Memang LEmah-Selemah-Lemahnya. Exercise pun jarang-jarang. 

Disebabkan zaman dah canggih sekarang, jadinya macam-macam app lah kite guna acah-acah diary pregnancy. Pregnancy kali ni lain sikit dari 1st & 2nd sebab kite pregnant masa tengah aktif dengan fitness & half marathon. Kalau boleh tak nak cecah 60kg please =D. Susah Woooo nak turunkan berat. Uhuk. uhuk...



*Mase ni sumpah tak tau pregnant.

First time dapat tahu kite pregnant masa 6 weeks. So, merasa jugaklah baby dalam perut ni lari Half marathon masa 4th weeks pregnant. Huhuhuhu...Last join event lari masa 6 weeks pregnant. Itupun 6KM je. Lepas tu zumba and light exercise kat rumah je. Week 7 je dah start LEMAH sangat-sangat. Cooking is not my passion anymore. Tak boleh bau tumis atau makanan. Sedih betul.

Doakan selera makan kita semakin pulih & bertenaga ya. Rindulah nak exercise. Uhuk uhuk..

1 comment: